Sunday 5 October 2014



VIDEO KLIP MADRASAH TAHFIZ AL-UMM




MADRASAH  TAHFIZ  AL-UMM

                    SURAU KG SEPAKAT                     
KM 5 JALAN ROMPIN-ENDAU 26800
KUALA ROMPIN PAHANG
09-4141815/ 013-9282956/ 013-9210652

tahfizalumm@gmail.com
madrasahtahfiz -al-umm.blogspot.com

NO AKAUN BANK RAKYAT :
22-387-100057-5    AL-WADIAH


MADRASAH TAHFIZ AL-UMM







PROJEK PEMBINAAN MADRASAH 
















MESYUARAT BERSAMA TOMBORO & AS-SYAKIRIN









LAWATAN KE TOMBORO INDONESIA 

















LAWATAN JERANTUT 1







LAWATAN KE ASSYAKIRIN










SENARAI NAMA MURID  
   
                                                                          




 









CARTA ORGANISASI 
SURAU KAMPUNG SEPAKAT
26800 KUALA ROMPIN

CARTA ORGANISASI
JK MADRASAH TAHFIZ AL-UMM
SEJARAH PENUBUHAN

     Usaha untuk menubuhkan sebuah madrasah tahfiz di kampong Sepakat Rompin bermula sekitar tahun 80-an lagi.Ketika itu ustaz Mahmud bin Deraman sebagai pengerusi surau bersama ahli jawatankuasa merancang membangunkannya.Sekeping tanah milik telah perolehi oleh bendaharinya Tuan Syed Abdul Aziz bin Syed Abdullah bersebelahan dengan surau.Sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi tujuan tersebut, namun operasi tahfiz belum dapat dijayakan.Usaha ini diteruskan dengan bermulanaya satu perbincangan pada tahun 2013 oleh para Jemaah dan Jawatankuasa Surau bagi merealisasikan harapan penduduk kampong Sepakat untuk melahirkan para tahfiz dari kalangan penduduk sekitar.

     Ini siatifinidi teruskan oleh Ustaz Ibrahim bin Man dan rakan-rakan dengan meninjau perjalanan pusat tahfiz Pasentren Temboro di Indonesia pada 15 November 2013 untuk dijadikan panduan pelaksanaan madrasah Tahfiz Sepakat ini.

   Sebuah Jawatankuasa ditubuhkan bagi membincangkan penubuhan madrasah tahfiz ini pada 20 November 2013.Hasilnya pada 22 November 2013 satu deligasi dari PasentrenTemboro Indonesia hadir memberi konsultasi dan kebenaran menubuh cawangannya dengan mengemukakan garis panduan dan pelan penubuhanya.Ustaz Badri dan Ustaz Idris dari Pasentren Temboro Indonesia merupakan tenaga pengajar yang pertama memulakan operasi pembelajaran di Madrasah  ini.


     Pengambilan pelajar kohot pertama dan sesi pembelajaran bermula pada 18Januari 2014. Mereka terdiri dari pada pelajar-pelajar berumur 10 tahun hingga ke 17 tahun dari beberapa daerah seperti  Johor Baharu, Mersing , Pekan dan Rompin. Pada bulan ogos tahun 2013 ustaz Saiful dan ustaz Ayub juga dari PasentrenTemboro  Indonesia dilantik menjadi tenaga pengajar yang baru mengganti yang lama bagi meneruskan pembelajaran di madrasah ini.



KEMUDAHAN FIZIKAL

     Kemudahan yang dimiliki oleh madrasah ini ialah, satu blok bangunan sebagai asrama yang boleh memuatkan 20 orang pelajar dan 2 orang guru dan ruang makan serta dapur. Sebuah bilik air dan tandas untuk kegunaan mereka. Sebuah asrama dua tingkat beserta dengan lain lain kemudahan yang boleh memuatakan 40 pelajar sedang dibaik pulih yang akan digunakan untuk pengambilan pelajar baru. Dijangka siap sepenuhnya akhir tahun 2014.


HALA TUJU MADRASAH TAHFIZ AL-UMM

    Adalah menjadi hasrat madrasah tahfiz ini untuk menyediakan para tahfiz yang berwibawa sebagai perintis bagi Daerah Rompin agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. Juga menjadikan madrasah ini sebagai pusat pembudayaan al-quran masyarakat setempat.



KONSEP PEMBELAJARAN

     Kurikulum pembelajaran diadaptasi dari Pasentren Temboro  Indonesia. Diperingkat awal kegiatan pembelajaran hafazan Al-Quran 30 Juzuk dan pembelajaran kitab-kitab Imam Shafie dilaksanakan. Dua peperiksaan di jalankan bagi setiap enam bulan bagi menilai kemajuan pelajar. Tiada pembelajaran akademik ketika ini. Pendedahan kepada pembelajaran komputer dan lain-lain disiplin ilmu yang bersesuaian sedang diusahakan.



JARINGAN

     Madrasah Tahfiz Al-umm menggunakan induk pembelajarannya dari Pasentren Temboro Indonesia. Disamping membina jaringannya dengan pusat Tahfiz Al-Shakirin. Pelajar-pelajar ini juga sering diundang melawat ke madrasah-madrasah yang lain.



SASARAN ( PELAJAR )

      Peringkat awal seramai 20 orang pelajar ditawarkan mengikuti program ini. Mereka berumur sekitar       10 tahun – 17 tahun. (Profil pelajar rintis disertakan ) Madrasah ini merancang untuk mengambil 20 orang pelajar bagi setiap kohort. Pembelaran hujung minggu juga diperkenalkan dengan mengadakan kelas tahfiz secara terbuka kepada pelajar-pelajar setempat.



KEWANGAN

     Penyumbang Fisabilillah telah memberi derma untuk menjayakan program ini. Banyak sumbangan diperolehi dari dermawan tempatan dan di luar Kuala  Rompin. Kutipan yuran makan RM 150.00 dikenakan bagi setiap pelajar bagi setiap bulan.



PERBELANJAAN

     Sumbangan kewangan dari orang ramai digunakan untuk pembiayaan saguhati ke pada dua orang  tenaga pengajar, pembayaran utility,pembinaan bangunan, penyelenggaraan bangunan, makan minum pelajar dan saguhati tukang masak dan sebagainya.



AKTIVITI KOKURIKULUM/SAMPINGAN

     Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti permainan futsal, badminton dan nashid serta menghadiri jemputan majlis agama masyarakat setempat. Aktiviti renang sedang dirancang untuk dilakasanakan.