VIDEO KLIP MADRASAH TAHFIZ AL-UMM
MADRASAH TAHFIZ AL-UMM
Surau Kg. sepakat, KM 5 Jalan Rompin-Endau, 26800 kuala rompin, Pahang. Tel:09-4141815/013-9282956/013-9210652
Sunday, 5 October 2014
MADRASAH TAHFIZ AL-UMM
SURAU KG SEPAKAT
KM 5 JALAN ROMPIN-ENDAU 26800
KUALA ROMPIN PAHANG
09-4141815/ 013-9282956/ 013-9210652
tahfizalumm@gmail.com
madrasahtahfiz -al-umm.blogspot.com
NO AKAUN BANK RAKYAT :
22-387-100057-5 AL-WADIAH
MADRASAH TAHFIZ AL-UMM
PROJEK PEMBINAAN MADRASAH
MESYUARAT BERSAMA TOMBORO & AS-SYAKIRIN
LAWATAN KE TOMBORO INDONESIA
SEJARAH PENUBUHAN
Usaha untuk menubuhkan sebuah madrasah tahfiz di kampong Sepakat Rompin bermula sekitar tahun 80-an lagi.Ketika itu ustaz Mahmud bin Deraman sebagai pengerusi surau bersama ahli jawatankuasa merancang membangunkannya.Sekeping tanah milik telah perolehi oleh bendaharinya Tuan Syed Abdul Aziz bin Syed Abdullah bersebelahan dengan surau.Sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi tujuan tersebut, namun operasi tahfiz belum dapat dijayakan.Usaha ini diteruskan dengan bermulanaya satu perbincangan pada tahun 2013 oleh para Jemaah dan Jawatankuasa Surau bagi merealisasikan harapan penduduk kampong Sepakat untuk melahirkan para tahfiz dari kalangan penduduk sekitar.
Ini siatifinidi teruskan oleh Ustaz Ibrahim bin Man dan rakan-rakan dengan meninjau perjalanan pusat tahfiz Pasentren Temboro di Indonesia pada 15 November 2013 untuk dijadikan panduan pelaksanaan madrasah Tahfiz Sepakat ini.
Sebuah Jawatankuasa ditubuhkan bagi membincangkan penubuhan madrasah tahfiz ini pada 20 November 2013.Hasilnya pada 22 November 2013 satu deligasi dari PasentrenTemboro Indonesia hadir memberi konsultasi dan kebenaran menubuh cawangannya dengan mengemukakan garis panduan dan pelan penubuhanya.Ustaz Badri dan Ustaz Idris dari Pasentren Temboro Indonesia merupakan tenaga pengajar yang pertama memulakan operasi pembelajaran di Madrasah ini.
Pengambilan pelajar kohot pertama dan sesi pembelajaran bermula pada 18Januari 2014. Mereka terdiri dari pada pelajar-pelajar berumur 10 tahun hingga ke 17 tahun dari beberapa daerah seperti Johor Baharu, Mersing , Pekan dan Rompin. Pada bulan ogos tahun 2013 ustaz Saiful dan ustaz Ayub juga dari PasentrenTemboro Indonesia dilantik menjadi tenaga pengajar yang baru mengganti yang lama bagi meneruskan pembelajaran di madrasah ini.
KEMUDAHAN FIZIKAL
JARINGAN
KEMUDAHAN FIZIKAL
Kemudahan yang dimiliki oleh madrasah
ini ialah, satu blok bangunan sebagai asrama yang boleh memuatkan 20 orang pelajar dan
2 orang guru dan ruang makan serta dapur. Sebuah bilik air dan tandas untuk kegunaan mereka.
Sebuah asrama dua tingkat beserta dengan lain lain kemudahan yang boleh memuatakan 40
pelajar sedang dibaik pulih yang
akan digunakan untuk pengambilan pelajar baru. Dijangka siap sepenuhnya akhir tahun 2014.
HALA TUJU
MADRASAH TAHFIZ AL-UMM
Adalah menjadi hasrat madrasah tahfiz ini untuk menyediakan para tahfiz
yang berwibawa sebagai perintis bagi Daerah Rompin agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. Juga menjadikan
madrasah ini sebagai pusat pembudayaan al-quran masyarakat setempat.
KONSEP
PEMBELAJARAN
Kurikulum pembelajaran diadaptasi dari Pasentren Temboro Indonesia. Diperingkat awal kegiatan pembelajaran hafazan Al-Quran 30
Juzuk dan pembelajaran kitab-kitab Imam Shafie dilaksanakan. Dua peperiksaan di
jalankan bagi setiap enam bulan bagi menilai kemajuan pelajar. Tiada pembelajaran akademik ketika ini. Pendedahan kepada pembelajaran komputer dan lain-lain disiplin ilmu yang bersesuaian sedang diusahakan.
JARINGAN
Madrasah Tahfiz Al-umm menggunakan induk pembelajarannya dari Pasentren Temboro Indonesia. Disamping membina jaringannya dengan pusat Tahfiz Al-Shakirin. Pelajar-pelajar ini juga sering diundang melawat ke
madrasah-madrasah yang lain.
SASARAN (
PELAJAR )
Peringkat awal seramai 20 orang pelajar ditawarkan mengikuti
program ini. Mereka berumur sekitar 10 tahun – 17 tahun. (Profil pelajar rintis disertakan
) Madrasah ini merancang untuk mengambil 20 orang
pelajar bagi setiap kohort. Pembelaran hujung minggu juga diperkenalkan dengan mengadakan kelas tahfiz secara terbuka kepada pelajar-pelajar setempat.
KEWANGAN
Penyumbang Fisabilillah telah memberi derma
untuk menjayakan program ini. Banyak sumbangan diperolehi dari dermawan tempatan dan di luar
Kuala Rompin. Kutipan yuran makan RM 150.00 dikenakan bagi setiap pelajar bagi setiap bulan.
PERBELANJAAN
Sumbangan kewangan dari orang
ramai digunakan untuk pembiayaan saguhati ke pada dua orang tenaga pengajar, pembayaran utility,pembinaan bangunan, penyelenggaraan bangunan, makan minum pelajar dan saguhati tukang masak dan sebagainya.
AKTIVITI KOKURIKULUM/SAMPINGAN
Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti permainan futsal, badminton dan nashid serta menghadiri jemputan majlis
agama masyarakat setempat. Aktiviti renang sedang dirancang untuk dilakasanakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)